Monday, December 30, 2013

SLING BAG : CLEARANCE 20% UNTIL 5th January 2014


DA123 : RM 55 without postage


DA124 : RM 45 without postage

Continue Reading...

Tuesday, December 17, 2013

Sewa Baju Nikah, Veil and order bridesmaids handbouquet




For your information, baju nikah dan veil ni ada sentimental value pasal manik2 dia sume saya jahit sendiri. Yang veil ni mmg betol2 DIY. 

Sewa Baju Nikah : RM100. Deposit RM200 dan baki akan dipulangkan balik bila barang dipulangkan dlm keadaan baik

Sewa Veil : RM 50. Deposit RM100 dan baki akan dipulangkan balik bila barang dipulangkan dlm keadaan baik


Order bridesmaid paper handbouquet : RM 15 each ( custom made available)


email : irma9dira7@yahoo.com
Continue Reading...

Order centerpiece, bunga meja makan, sewa garland, corsages


(gambar hanya contoh)

centerpiece/bunga meja makan : paper flower : RM3.5 each minimum 10 unit
Fresh flowers centerpiece :RM 5 each minimum 10 unit
                                   email : irma9dira7@yahoo.com





gambar contoh utk garland

Garland for rent : RM15 sahaja
Order custom made garland : Depends on the length of garland
between RM 40 - RM 100

                                     email : irma9dira7@yahoo.com





button utk family pengantin. boleh custom made. email je gambar sepertimana anda mahu, kami akan cuba usahakan utk anda.

Order button : min 10 (RM20) including button for your mom and dad
custom made available
email : irma9dira7@yahoo.com
Continue Reading...

Dulang hantaran tembaga untuk disewa


Dulang tinggi ada 2 sahaja




Dulang tembaga antique dah umur 30tahun.
Ada sikit2 spot2 hitam sebab dh antique

Each dulang di sewa dengan harga RM50. Deposit RM100 diperlukan for each dulang baki akan dipulangkan selepas dulang dipulangkan dlm keadaan baik.

Continue Reading...

Dulang Hantaran untuk disewa

Gold sahaja - ada 9 dulang

Ada 4 sahaja

Ada 2 sahaja

Sewa satu dulang hanya RM 5. Deposit RM10 setiap dulang diperlukan pada masa booking dan baki akan dipulangkan selepas anda pulangkan dulang.

sila email : irma9dira7@yahoo.com
or SMS/Whatsapp/Viber : 014 3535753
Continue Reading...

Monday, December 16, 2013

Promotion/Budget MUA

Perlukan MUA yg murah tapi cantik...? Anda boleh dapatkan disini

Makeup bertunang hanya RM50!!!
Makeup nikah hanya RM100!!

utk Makeup dinner RM50 juga!! gila laa...
Make up saje2 (utk mak or family pengantin or pengapit) RM 30 jewwww!!

Promo hanya sampai hujung cuti sekolah je!!
Continue Reading...

Monday, May 13, 2013

PURE COLLAGEN : KHASIAT RUMPAI LAUT

Article daripada berita harian

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Rahsiarumpailaut/Article/



Dipercayai sebagai ejen penuaan untuk menambah kolagen

Rumpai laut yang dianggap 'ibu kolegen' mentah kini semakin popular dan ramai khususnya wanita mengambilnya untuk dijadikan makanan tambahan bagi menjaga kesihatan serta kecantikan. 

Khazanah laut pelbagai warna seperti hijau, merah, hijau biru dan perang ini boleh dimakan secara mentah, dimasak atau dikeringkan. 



"Rumpai laut mengandungi kandungan mineral, asid amino dan beta karotein serta


protein yang tinggi bagi membantu mengekalkan kolagen dalam kulit," Dr Muta


Harah Zakaria, Pensyarah Jabatan Akuakultur Fakulti Pertanian, UPM."


Penggunaan ibu kolegen spesis Eucheuma Cottonii dan Euchuema Kappayachus atau nama tempatannya agar-agar kini dipelbagaikan fungsinya dalam bidang kecantikan dan boleh didapati daripada rumpai mentah, sabun dan pil melalui ekstrak rumpai. 

Harga rumpai laut yang banyak tumbuh melatari laut di Sabah ini begitu murah dan mempunyai gred tersendiri. Dijual dengan harga serendah RM5 untuk seratus gram gred AA sehingga mencecah RM20 untuk kuantiti yang sama bagi gred AAA. Produk berasaskan rumpai laut ini juga banyak dipasarkan menerusi jualan langsung dengan pelbagai jenama.

Khasiatnya dikatakan lebih berkali ganda daripada menghirup sup ikan Yu atau sup sarang burung yang harganya lebih mahal membuatkan ramai wanita memilih tumbuhan dasar laut itu.

Menjamin kecantikan? 
Persoalannya adakah rumpai laut jenis itu mengandungi kolegen untuk mampu menjadi ejen anti penuaan, menambah keserian, keanjalan dan kemulusan kulit? Adakah ia selamat digunakan? Adakah ia bebas daripada keracunan dan mendatangkan kesan jangka panjang kepada kulit dan kesihatan kepada pengamalnya?

Pensyarah Jabatan Akuakultur Fakulti Pertanian, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Muta Harah Zakaria, ketika diminta mengulas mengenai fenomena pengambilan rumpai laut, menegaskan makanan atau minuman daripada rumpai laut tidak membahayakan kerana ia mengandungi kandungan mineral, asid amino dan beta-karotein dan protein tinggi yang membantu mengekalkan kolagen di dalam kulit. 

Katanya, bahan berkenaan digunakan secara meluas dalam pembuatan kosmetik dan digunakan banyak kepentingannya dalam bidang perubatan.

“Rumpai laut seperti Laminaria, Fucus, Sargassum dan Turbinaria sudah digunakan sejak berkurun dulu untuk mengubati beberapa penyakit seperti goiter, cirit-birit dan masalah usus kecil. 

“Beberapa spesies rumpai laut dilaporkan mempunyai nilai antibiotik, antibakteria, antikulat, antitumor, vermifuj dan ubat cacing. Sesetengah spesies pula diketahui boleh merendahkan tekanan darah dan aras kolesterol plasma,” katanya dihubungi, baru-baru ini.

Pelbagai khasiat

Ditanya benarkan rumpai laut mengandungi kolegen, beliau berkata sebenarnya kolagen adalah struktur protein yang berfungsi sebagai pelekat dalam badan. 

Lebih kurang satu pertiga daripada keseluruhan protein dalam badan terdiri daripada kolagen memberikan struktur kepada badan, melindungi, menyokong tisu lembut dan menyambungkannya dengan tulang badan.

“Rumpai laut mengandungi kandungan mineral, asid amino dan beta-karotein dan protein yang tinggi bagi membantu mengekalkan kolagen dalam kulit. Misalnya rumpai laut hijau Caulerpa racemosa mengandungi protein yang tinggi iaitu 11.16 peratus berbanding kubis bunga 1.8 peratus saja,” katanya.

Rumpai laut jenis merah (misalnya Kappaphycus sp) mempunyai kepentingan ekonomi kerana ia adalah sumber bahan mentah untuk pengekstrakan karagenan iaitu kandungan bahan yang ada dalam rumpai laut yang dianggap sebagai kolagen oleh orang ramai.

Secara kimia, karagenan menyerupai agar-agar tetapi mempunyai kandungan abu yang tinggi dan memerlukan kepekatan tinggi untuk membentuk gel.
Jelasnya, kandungan karagenan dalam rumpai laut yang sudah di ekstrak membantu mengekalkan keanjalan kulit dan kerana orang ramai menganggap tumbuhan itu membekalkan kolegen. 

Kajian lain

Berdasarkan pencarian hasil kajian terhadap kebaikan rumpai laut jelas menunjukkan bahan berkenaan mampu bertindak secara positif dalam membantu mencantikkan kulit, antaranya:

* Laman berita CBS New York, melaporkan kajian baru mereka menjelaskan rumpai laut mungkin benar-benar berfungsi membantu masalah kesihatan dan memperbaiki kulit. Beberapa pandangan umum diambil daripada pakar yang menyarankan pengambilan rumpai laut organik dan bukan yang sudah dituai kerana dikhuatiri tidak selamat untuk dimakan.

* Kaunselor Kesihatan Holistik New York, Andre Beaman, berkata rumpai laut mengandungi vitamin dan mineral. 

“Saya rasa ramai dan lebih ramai orang Amerika mula makan tumbuhan ini dan menemui khasiatnya. Rumpai jenis Nori antara yang tumbuhan laut paling popular dengan warna hijau dan hitam yang membalut sekeliling sushi,” katanya.

* Pemilik syarikat produk kecantikan rumpai laut New York, Lydia Sarfati, menerangkan kepada CBS rumpai laut mampu menyahtoksik dan mencantikkan kulit tanpa sebarang mudarat pada kulit.

* Pakar Dermatologi New York, Dr Jebra Jaliman, berkata rumpai laut yang melatari laut mempunyai vitamin yang sangat baik dan antioksidan yang mampu memerangi penyakit ekszema dan rosacea. Rumpai laut mempunyai banyak vitamin B, E dan C, selain mampu mengatasi masalah keradangan kulit.

* Pakar Bedah Ortopedik Pusat Perubatan Beth Israel, berkata barisan penyelidik berharap tumbuhan itu menjadi bahan berkesan menangani penyakit jantung dan arthritis.

“Kajian demi kajian dilakukan untuk melihat sama ada rumpai laut benar-benar memberi kesan yang boleh dibuktikan secara saintifik,” katanya.



INFO: Rumpai laut
* Industri rumpai laut dijangka berkembang apabila ia turut diperluaskan sebagai bahan tambahan dalam pelbagai produk kesihatan, farmaseutikal dan kosmetik.
* 150,000 tan metrik rumpai laut dikeluarkan dengan nilai RM1.45 bilion menjelang tahun 2020.
* Sabah pengeluar rumpai laut di Malaysia 

INFO: Khasiat rumpai laut untuk kecantikan dan kesihatan

Kesihatan
• Terkenal sebagai ejen kecantikan kulit semula jadi.
• Menjadikan kulit lebih putih dan tegang.
• Melancarkan kitaran darah.
• Melicin dan menegangkan kulit dan payudara ( anti penuaan)
• Melambatkan proses penuaan dan melangsingkan badan.
• Mengekalkan kelembapan dan menganjalkan kulit.
• Menaikkan tekstur kulit dan seri wajah.
• Mengurangkan pembentukkan selulit.
• Menguatkan akar rambut dan menjadikan rambut sihat dan bersinar

Kecantikan
• Menambah baik dan meningkatkan tahap kesihatan sendi tulang.
• Meningkatkan nafsu dan daya keintiman
• Iodine yang ada di dalamnya mampu memperbaiki fungsi kelenjar thyroid sekaligus mencegah masalah Goiter iaitu kelenjar Thyroid membengkak.
• Membantu mengurangkan kolestorel dalam badan.
• Membantu dan merawat penyakit gastrik.

Keburukan
* Jangan mengambil terlalu berlebihan kerana rumpai laut mengandungi iodin yang boleh menyebabkan keracunan, sakit perut dan mampu menghakis perut



100gm

Hijau : RM20


Unggu : RM 16


Kuning : RM 10



"Beli 3 pkt dpt free postage"


email : irma9dira7@yahoo.com
sms/whatspps : 014 3535753
postage : RM5



Continue Reading...